Mon 5 Jan 2009
7 tanda Halangan Minda menyekat bakat terpendam - Tanda 3.
Posted by Osman Affan under Fikir, Motivasi, Persediaan Minda
[2] Comments
Tanda ketiga halangan minda sedang menyekat bakat terpendam di dalam diri ialah apabila kita ‘mudah terima’ pendapat orang lain tentang kebolehan diri sendiri.
Sebagai contohnya, katakan anda mahu memasuki catur. Kemudian anda ceritakan kepada beberapa orang kawan. Salah seorang kawan anda itu berkata, “Kau boleh ke main catur? Aku tengok cara kau main tak berapa cekap sangat, banyak lagi kelemahan. Kena ada bakat kalau nak menang main catur ni.”
Akibatnya, anda mula terima pandangan tersebut. Anda terima idea yang mengatakan bahawa anda tidak ada bakat. Padahal anda berbakat. Akhirnya, anda mungkin menarik diri daripada menyertai pertandingan tersebut.
Saya ingin berkongsi dengan anda tentang satu perkara. Kebanyakan orang di sekeliling kita tidak tahu apa bakat dan kebolehan yang ada di dalam diri kita. Mereka selalunya akan memberi komen dan pendapat berdasarkan bakat dan kebolehan mereka. Jika mereka tidak pandai berucap, mereka juga sangka kita tidak pandai berucap. Jika mereka tidak ada cita-cita, mereka akan rasa pelik yang amat sangat apabila tiba-tiba kita ceritakan tentang cita-cita kita.
Jadi kalau kita terlalu mudah menerima pendapat orang tanpa berfikir sendiri dan mencuba, kita akan kekal dalam keadaan sekarang selama-lamanya. Seingat-ingat saya, seumur hidup ini, sudah terlalu banyak saya dengar kata-kata yang mengatakan saya tidak boleh buat itu dan ini. Sebagai contoh, ketika di tingkatan satu, saya masuk Persatuan Silat Seni Gayung Malaysia. Badan saya agak besar berbanding kawan-kawan lain. Jadi ada seorang jurulatih yang berkata kepada saya, “kau ni kalau main silat, mesti nampak macam robot nanti” sambil ketawa. Memang perangai saya, kalau orang ketawa, saya ikut sahaja ketawa.
Kemudian, Silat Seni Gayung ini banyak aktiviti lompat melompat. Melompat melintasi halangan dan juga lompatan-lompatan seperti orang bersukan ‘gymnastic’ ke depan dan ke belakang. Sekali lagi saya dengar bermacam-macam komen tentang diri saya. Ada yang kata kalau saya jatuh bumi akan bergegar. Ada yang tersenyum melihat saya melompat. Tetapi mungkin disebabkan minat dan sifat degil dalam diri, saya tak berapa kisah apa mereka kata. Saya terus juga belajar dan berlatih apa yang ditunjukkan oleh jurulatih.
Hasilnya, pada akhir tahun, semasa ujian kenaikan tali pinggang, saya berjaya mendapat markah tertinggi. Malah, saya seorang sahaja di antara sahabat-sahabat saya itu yang berjaya menguasai teknik lompatan ke belakang (back-handspring & back-summersault). Namun ia tidaklah sehebat ahli gymnastic professional.
Sejak itu, saya tidak dengar lagi apa-apa komen tentang kebolehan dan potensi diri saya dalam persatuan tersebut.
Apa yang saya benar-benar faham di sini, hanya kita yang tahu bakat, potensi dan kebolehan yang terpendam di dalam diri kita sendiri. Jadi adalah satu idea yang baik kalau kita jangan mudah terima kalau orang kata kita lemah, tidak ada bakat, tidak ada masa depan dan sebagainya.





Pagi tadi saya luangkan sedikit masa di Teratak Hijjaz, Astana Dugang Putrajaya. Kali ini, bersama beberapa krew RTM, saya berjaya merakamkan 5 slot pendek untuk segmen motivasi pagi rancangan Selamat Pagi Malaysia. Insyaallah slot pendek itu akan ditayangkan setiap hari Selasa antara pukul 8.00 hingga 8.30 pagi. Terima kasih diucapkan kepada Tuan Zamzuri dan Tuan Hakimi yang banyak membantu dalam menjayakan rakaman ini.

Saya percaya ada yang akan kata mahukan kedua-duanya. Namun, jika terpaksa memilih, yang mana satukah Tuan-tuan dan Puan-puan akan pilih?
Tahun baru menjelma lagi. Selain daripada umur yang sudah meningkat, kita mungkin terkenang apakah kejayaan yang telah kita kecapi sepanjang tahun 2008. Kalau azam 2008 sudah tercapai, Alhamdulillah. Kita bersyukur. Namun jangan hanya bersyukur, perlu juga difikirkan bagaimana kejayaan itu boleh diulangi. Jika ia tidak boleh diulangi, ia akan jadi kejayaan ‘tidak sengaja’. Kejayaan tidak sengaja selalunya tidak kekal dan jarang dapat dinikmati dalam jangka masa yang panjang.
Apa yang saya cuba katakan ni?
Alhamdulillah, setelah begitu lama berbincang dan merancang, akhirnya salah satu impian dan matlamat saya telah tercapai. Mulai Januari 2009, sebuah Pusat Tuisyen di bawah nama SmartStudy akan dimulakan di Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. Pusat Tuisyen ini adalah hasil kerjasama saya dan sahabat baik saya, En Redzuan Aziz, pemilik Intitut Kemahiran Showme.

Anakanda saya ini lebih bersemangat tubuhnya berbanding abangnya Darwish. Lebih sedap dipeluk. Saya sangka dengan tubuh yang agak montel begitu Danish akan lambat sedikit kemajuan dari segi fizikal. Ternyata saya silap. Danish sudah mula belajar berjalan ketika berusia 9 bulan dan boleh berjalan dengan laju tanpa jatuh ketika berusia 10 bulan. Kini beliau sudah aktif mengejar abangnya berlari. Alhamdulillah.
Adakah anda suka berangan atau berkhayal? Kebanyakan orang dewasa mengatakan mereka tidak suka berangan atau berkhayal. Membuang masa kata mereka. Benar, berangan boleh jadi satu aktiviti yang membuang masa.
Saya suka berangan. Ketika bersendirian saya suka imbas kembali kejayaan-kejayaan yang pernah saya kecapi di masa lepas. Dulu saya sangka ini adalah satu tabiat buruk kerana saya seperti tidak mahu lepaskan kenangan-kenangan indah di masa lepas. Saya malu hendak ceritakan kepada sesiapa yang saya suka kenang zaman kegemilangan saya di waktu persekolahan seperti memenangi pertandingan, mewakili sekolah, kolej dan universiti dan kejayaan seperti mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang. Setelah banyak buku yang saya baca mengenai keyakinan diri dan kejayaan, saya dapati tabiat itu semua tidaklah teruk seperti yang saya sangkakan.
Sabtu ini, 20 Disember 2008 saya akan berada di negeri Terengganu Darul Iman bagi menjayakan program SmartStudy learning Skills. Agak seronok juga saya rasa kerana selain daripada boleh balik ke kampung, saya akan dapat realisasikan impian saya selama ini untuk menjalankan program sebegini di negeri tempat saya membesar ini.
begitu awal, lebih kurang pukul 12.01 pagi tadi kerana Darwish masih belum tidur lagi.
Sebentar tadi saya baru sahaja selesai merakamkan satu episod pendek rancangan Anggun Pesona yang bakal ditayangkan di RTM2 pada awal tahun 2009 ini. Tajuk yang dibincangkan ialah Keluarga dan Kerjaya.
Hmmm… nampak macam mudah sahaja isu ini. Namun apabila saya lihat betapa kuatnya isteri saya bekerja untuk memastikan rumah dan anak-anak terurus, saya percaya ini bukan satu isu yang mudah. Isteri saya tidak bekerja sepenuh masa. Beliau cuma membantu saya menguruskan pusat tuisyen (dengan bantuan beberapa orang guru tetap) dan kadangkala menjawab panggilan telefon. Kerja sepenuh masa beliau ialah membesarkan dua ‘hero‘ saya di rumah. Kedua-dua hero ini pula mempunyai kelebihan seperti juga hero-hero milik sesiapa iaitu suara yang kuat dan nyaring dan tidak pernah mahu duduk diam.
Tanda kedua halangan minda mungkin sedang menyekat bakat terpendam anda ialah apabila anda ‘lebih suka mengenang kegagalan yang lalu’.
Anda perlu ingat, kegagalan di masa lepas bukanlah petanda kepada kebolehan diri anda. Ia cuma menunjukkan ada sesuatu yang anda lakukan di masa lepas tidak betul dan tidak kena caranya. Mungkin dulu anda tidak pernah tahu tentang teknik belajar berkesan. Mungkin dulu anda tidak ada pembimbing. Apa yang bahayanya di sini ialah, disebabkan anda asyik terkenangkan kegagalan lepas, anda jadi takut, bimbang dan mungkin buat keputusan untuk menangguhkan usaha menyambung pelajaran.
Malangnya, jika itu yang anda ulang dan ulang di dalam minda, ia pasti akan terjadi semula. Maksudnya, apabila anda mahu berucap semula nanti, kesilapan yang sama pasti akan berulang. Apa yang perlu anda lakukan ialah anda perlu ‘review success, not failure’. Maksudnya, ingat semula kejayaan yang telah anda lakukan semasa berucap tadi. Wujudkan rasa seronok dalam diri disebabkan kejayaan tersebut. Bayangkan juga bahawa ia akan berulang dalam ucapan akan datang. Kemudian, barulah fikirkan bagaimana anda boleh baiki beberapa kelemahan yang anda dalam ucapan tadi. Dengan cara ini, semangat anda tidak akan jatuh dan halangan minda tidak akan menguasai diri dan minda anda.
“Kami nak lantik awak jadi presiden, setuju tak?” “Hmmm… jadi presiden tu tak ada masalah….. tapi….bagi la peluang pada orang lain…lagi pun saya sibuk sekarang ni….”
Mari kita mulakan dengan tanda yang pertama. Tanda yang pertama berbunyi, selalu dan suka sebut perkataan-perkataan seperti ’susah’, ‘tak boleh’, ‘mustahil’, ‘tak masuk akal’, ‘mana mungkin’ dan sebagainya. Semua perkataan atau ayat ini menunjukkan bahawa anda tidak boleh lakukan sesuatu. Ini semua adalah perkataan atau ayat yang selalu timbul apabila halangan minda menguasai cara anda berfikir.
Bagaimana dengan anda? Sekarang, apa kata anda fikirkan untuk lakukan sesuatu (sudah tentu yang baik) yang selama ini anda tidak pernah berani untuk lakukan. Mungkin anda fikir untuk menulis buku, memberi tazkirah di surau, azan di surau, berniaga, cari kerja baru, sambung belajar, bertegur sapa dengan seseorang yang anda sudah lama menaruh hati atau apa sahaja. Mungkin juga anda adalah seorang yang takut pada kegelapan dan anda terfikir untuk cabar diri anda pergi ke tempat yang sunyi dan gelap tanpa berteman seperti ke kawasan perkuburan 








Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik 


















